SELAMAT DATANG KE BLOG "SERONOK BELAJAR BAHASA MELAYU"

Friday 21 December 2012

MALAYSIA NEGARA YANG AMAN


Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada tiga kaum yang besar dan hidup dengan aman, damai dan sentosa.

        Kita haruslah bergaul mesra di antara kaum. Jangan ada prasangka yang buruk terhadapnya. Kita mestilah saling menghormati dan memahami, wujudlah persefahaman  yang baik.

        Selain itu, kita haruslah menghormati kepercayaan dan adat – resam pelbagai keturunan.  Kita harus bantu-membantu apabila menghadapi kesusahan.

        Semasa hari perayaan, kita hendaklah ziarah – menziarahi antara kaum lain.  Kita digalakkan mengadakan rumah terbuka untuk mengeratkan hubungan antara kaum.

        Sebagai rakyat Malaysia, kita harus bersyukur kerana negara kita aman damai dan mempunyai masyarakat yang hidup bersatu padu walaupun berbilang kaum serta agama. Seterusnya, kita hendaklah bertoleransi dan bekerjasama untuk memajukan negara. Di samping itu, kita haruslah mempunyai sikap cinta akan negara dan sama – sama menjaga kedaulatan dari ancaman luar.
      
        Di samping itu, kita haruslah sentiasa berdoa agar Malaysia terus unggul dan dikagumi oleh masyarakat dunia.

No comments:

Post a Comment