SELAMAT DATANG KE BLOG "SERONOK BELAJAR BAHASA MELAYU"

Friday, 21 December 2012

MUSIM BUAH-BUAHAN



Musim Buah-buahan (Tahun 3)

Musim buah-buahan telah tiba. Saya dan keluarga pulang ke kampung.
Kami sekeluarga bersama datuk dan nenek pergi ke dusun. Di dusun datuk ada pokok durian , rambutan , dan manggis. Semua pokok berbuah lebat.
Di dusun datuk, kami memungut buah-buah durian dan mengumpul buah rambutan yang dikait oleh datuk. Kami juga dapat merasai pengalaman makan buah-buahan di dusun.
Setelah tiga hari di kampung, kami pun pulang ke rumah dengan perasaan yang gembira. Pengalaman di dusun pasti tidak akan kami sekeluarga lupakan.


Musim Buah-buahan (Tahun 4)

Musim buah-buahan telah tiba. Saya dan keluarga pulang ke kampung menaiki kereta yang dipandu oleh bapa.
Datuk dan nenek kelihatan sungguh gembira apabila kami tiba. Keesokan harinya, pagi-pagi lagi kami sekeluarga bersama datuk dan nenek pergi ke dusun. Terdapat pelbagai jenis pokok buah-buahan seperti durian, rambutan, manggis dan lain-lain. Kesemua pokok berbuah lebat.
Di dusun datuk, kami memungut buah-buah durian yang gugur dan mengumpul buah rambutan yang dikait oleh datuk .Kami juga dapat merasai pengalaman makan buah-buahan di dusun.
Setelah tiga hari di kampung, kami pun pulang ke rumah dengan perasaan yang amat gembira. Pengalaman di dusun pasti tidak akan kami sekeluarga lupakan.

Musim Buah-buahan (Tahun 5)

Musim buah-buahan telah tiba. Saya dan keluarga pulang ke kampung. Kami pulang ke kampung dengan menaiki kereta yang dipandu oleh bapa. Bapa memandu kereta dengan berhati-hati.
Apabila kami tiba, datuk dan nenek kelihatan sungguh gembira. Keesokan harinya, pagi-pagi lagi kami sekeluarga bersama datuk dan nenek pergi ke dusun. Terdapat pelbagai jenis pokok buah-buahan seperti durian, rambutan, manggis dan lain-lain. Kesemua pokok berbuah lebat.
Di dusun datuk, kami memungut buah-buah durian yang gugur dan mengumpul buah rambutan yang dikait oleh datuk lalu dimasukkan ke dalam bakul dengan perasaan yang sungguh gembira. Kami juga dapat merasai pengalaman makan buah-buahan di dusun.
Setelah tiga hari di kampung, kami pun pulang ke rumah dengan perasaan yang amat gembira. Pengalaman di dusun pasti tidak akan kami sekeluarga lupakan. Kami pasti akan pulang lagi ke kampung apabila musim buah-buahan tiba.


Musim Buah-buahan (Tahun 6)

Pada musim buah-buahan , saya dan keluarga pulang ke kampung. Kami pulang dengan menaiki kereta  baru yang dipandu oleh bapa. Bapa memandu kereta dengan berhati-hati bagi menjaga keselamatan kami sekeluarga. Dalam perjalanan kami berbual-bual dengan gembira
Apabila kami tiba di kampung, datuk dan nenek menyambut kedatangan kami dengan tangan terbuka .Mereka berdua kelihatan sungguh gembira. Keesokan harinya, pagi-pagi lagi kami sekeluarga bersama datuk dan nenek pergi ke dusun. Terdapat pelbagai jenis pokok buah-buahan seperti durian, rambutan, manggis dan lain-lain. Kesemua pokok berbuah lebat.
Di dusun datuk, kami memungut buah-buah durian yang gugur dan mengumpul buah rambutan yang dikait oleh datuk. Buah rambutan yang dikumpul itu dimasukkan ke dalam sebuah bakul yang besar. Kami berasa sungguh gembira. Kami juga dapat merasai pengalaman makan buah-buahan yang segar di dusun.
Setelah tiga hari di kampung, kami pun pulang ke rumah dengan perasaan yang amat gembira. Pengalaman di dusun pasti tidak akan kami sekeluarga lupakan. Kami pasti tidak akan melepaskan peluang untuk pulang ke kampung pada musim buah-buahan akan datang.

No comments:

Post a Comment