SELAMAT DATANG KE BLOG "SERONOK BELAJAR BAHASA MELAYU"

Friday, 21 December 2012

CARA-CARA MENJAGA KEBERSIHAN DIRI


Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri (Tahun 3)

Semua orang perlu menjaga kebersihan diri kerana kebersihan adalah asas kesihatan.
Bagi menjaga kebersihan diri ,kita perlulah mandi setiap hari. Semua anggota badan perlu dibersihkan.
Rambut perlu disyampu. Kuku kaki dan tangan yang panjang perlu dipotong. Tangan yang kotor  perlulah dicuci dan dilapkan sehingga kering. Gigi pula perlu digosok. Pakaian yang dipakai pula perlu ditukar setiap hari.
Jika kita menjaga kebersihan diri kita tidak mudah dijangkiti penyakit


Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri (Tahun 4)

Semua orang perlu menjaga kebersihan diri kerana kebersihan adalah asas kesihatan. Orang yang bersih juga disenangi oleh orang lain.
Bagi menjaga kebersihan diri ,kita perlulah mandi setiap hari. Semua anggota badan perlu dibersihkan dengan menggunakan air yang bersih dan sabun.
Rambut perlu disyampu. Kuku kaki dan tangan yang panjang perlu dipotong. Selepas makan tangan perlu dicuci. Gigi pula perlu digosok sekurang-kurangnya dua kali sehari. Pakaian yang dipakai pula perlu ditukar setiap hari.
Jika kita menjaga kebersihan diri kita tidak mudah dijangkiti penyakit. Orang yang sihat akan hidup ceria sepanjang hari.


Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri  (Tahun 5)

Semua orang perlu menjaga kebersihan diri kerana kebersihan adalah asas kesihatan. Orang yang bersih juga disenangi oleh orang lain.
Bagi menjaga kebersihan diri ,kita perlulah mandi setiap hari. Semua anggota badan perlu dibersihkan dengan menggunakan air yang bersih dan sabun.
Rambut perlu disyampu. Kuku kaki dan tangan yang panjang perlu dipotong. Selepas makan tangan perlu dicuci. Tangan juga perlu dicuci selepas kita memegang sesuatu atau selesai membuat kerja. Contohnya selepas berkebun. Gigi pula perlu digosok sekurang-kurangnya dua kali sehari. Pakaian yang dipakai pula perlu ditukar setiap hari.
Jika kita menjaga kebersihan diri kita tidak mudah dijangkiti penyakit. Orang yang sihat akan hidup ceria sepanjang hari.


Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri  (Tahun 6)

Semua orang perlu menjaga kebersihan diri kerana kebersihan adalah asas kesihatan. Orang yang bersih juga disenangi oleh orang lain.
Bagi menjaga kebersihan diri ,kita perlulah mandi setiap hari. Semua anggota badan dari hujung kepala hingga hujung kaki perlu dibersihkan dengan menggunakan air yang bersih dan sabun.
Rambut perlu disyampu bagi mengelakkan kelemumur dan jangkitan kutu. Kuku kaki dan tangan yang panjang perlu dipotong.
Selepas makan tangan perlu dicuci. Tangan juga perlu dicuci selepas kita memegang sesuatu atau selesai membuat kerja. Contohnya selepas berkebun. Gigi pula perlu digosok sekurang-kurangnya dua kali sehari. Bagi menjaga gigi kita perlu membuat pemeriksaan gigi enam bulan sekali. Pakaian yang dipakai pula perlu ditukar setiap hari.
Jika kita menjaga kebersihan diri kita tidak mudah dijangkiti penyakit. Orang yang sihat akan hidup ceria sepanjang hari.

16 comments:

  1. terima kasih untuk karangan fakta tesebut.

    ReplyDelete
  2. Tq kerana mengongsikan ilmu bersama kami......

    ReplyDelete
  3. Wh keran ni tipsnya ... Harus dicoba dan gak boleh ketinggalan..
    ota kalo untuk menjaga kaos kaki murah gmn ? apakah ada tipsnya juga...
    Salam sukses dan trims...

    ReplyDelete
  4. Waa tips menarik , tq for sharing

    tips kebersihan pada diri kita amat penting , malah kebersihan anak-anak juga penting. jadi pentingnya melatih anak-anak kita menjaga kebersihan dari kecil , ikuti selanjutnya di :-

    http://butiksihatcomel.blogspot.com/2015/06/8-cara-melatih-anak-menjaga-kebersihan.html

    ReplyDelete
  5. Waa tips menarik , tq for sharing

    tips kebersihan pada diri kita amat penting , malah kebersihan anak-anak juga penting. jadi pentingnya melatih anak-anak kita menjaga kebersihan dari kecil , ikuti selanjutnya di :-

    http://butiksihatcomel.blogspot.com/2015/06/8-cara-melatih-anak-menjaga-kebersihan.html

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Good For UPSR

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete