SELAMAT DATANG KE BLOG "SERONOK BELAJAR BAHASA MELAYU"

Monday 10 December 2012

AKU SEBUAH KOMPUTER

                                   
Aku sebuah komputer.Nama aku Acer. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Johor Bahru. Badan aku berwarna hitam.

Aku juga mempunyai kawan-kawan yang lain untuk membolehkan aku berfungsi. Komponen badan aku terdiri daripada monitor, tetikus, papan kekunci, pencetak, pengimbas, unit pemprosesan pusat(CPU) dan pembesar suara.
        
        Bahagian yang paling penting ialah unit pemprosesan pusat. Fungsinya adalah untuk menyimpan dan memproses data. Selain itu, monitor juga penting. Monitor berfungsi untuk memaparkan maklumat. Tetikus pula, fungsinya untuk menggerakkan kursor pada monitor.

        Selain itu, pencetak digunakan untuk mencetak maklumat. Papan kekunci  digunakan untuk menaip huruf, angka atau simbol. Pengimbas digunakan untuk mengimbas maklumat manakala pembesar suara pula digunakan  untuk menguatkan bunyi apabila sesuatu maklumat ingin disampaikan berbentuk rangsangan bunyi.

        Kami saling bekerjasama semasa menjalankan tugas. Jika salah satu daripada kami tiada. Aku tidak dapat menjalankan fungsi dengan lancar. Aku bersyukur kerana mempunyai komponen yang memahamiku semasa menjalankan tugas.

                                           














                         

3 comments:

  1. Contoh-contoh karangan yang bagus, pasti bermanfaat kepada anak murid!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih......
    Contoh karangan ini banyak membantu saya ...

    ReplyDelete