Negara kita dikenali sebagai Malaysia dan terkenal di seluruh dunia
kerana mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.Terdapat pelbagai kaum di
negara kita seperti melayu,cina,serani,iban dan kadazan.Walaupun terdiri
daripada pelbagai kaum,kita dapat hidup dalam suasana yang aman dan harmoni.
Sepanjang tahun,pelbagai perayaan disambut oleh setiap kaum dalam suasana yang
meriah.Rumah terbuka sering diadakan untuk mengeratkan hubungan antara jiran
dan sahabat – handai.Orang
melayu menyambut Hari Raya Puasa pada 1 Syawal manakala Orang Cina menyambut
Tahun baru Cina.Selain itu,Hari Deepavali dirayakan oleh kaum India,Hari Natal
disambut oleh masyarakat yang beragama kristian.Suasana sungguh meriah pada
musim perayaan kerana semua kaum di Malaysia akan turut memeriahkannya. Ini
sejajar dengan perjuangan 1 Malaysia ke arah perpaduan nasional.
Permainan tradisional pula terdiri daripada wau,gasing,congkak,dam cina dan
kadani.Permainan tradisional seperti ini dimainkan oleh pelbagai kaum dalam
sukaneka dan pertandingan. Dengan ini seni permainan ini tidak luput ditelan
zaman.
Negara kita juga mempunyai tempat yang menarik untuk dikunjungi seperti tempat
– tempat bersejarah tempat peranginan,pulau – pulau yang indah dan pantai yang
bersih. Para pelancong gemar berkunjung ke tempat – tempat ini
sepanjang tahun untuk berekreasi. Ituah keistimewaan negara kita.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteI want a mi band 2 watch Free
ReplyDelete