SELAMAT DATANG KE BLOG "SERONOK BELAJAR BAHASA MELAYU"

Saturday, 10 November 2012

LATIHAN TATABAHASA








LATIHAN KATA NAMA:

       Latihan 1 :

 Garisi kata nama am dalam ayat di bawah.

1.     Abang memandu kereta ke pejabat.

2.    Buku itu dibeli oleh ayah  semalam.

3.    Sayur yang dimasak oleh ibu sungguh sedap.

4.    Rama-rama berterbangan di taman untuk menghisap madu.

5.    Adik menjerit apabila ternampak seekor ular di dapur.


       Latihan 2 :

Pilih kata nama am jawapan yang betul

1.     Saya sedang menonton ___________ di ruang tamu.
A.   buku
B.    radio
C.    televisyen
D.   surat khabar

2.    Doktor merawat pesakit di ___________ .
A.   pasar
B.    dewan
C.    pejabat
D.   hospital

3.    Ibu sedang menggantung _________ baharu di ruang tamu.
A.   belon
B.    langsir
C.    reben
D.   lampu

4.    ________ mengajar murid di sekolah.
A.   Guru
B.    Askar
C.    Peguam
D.   Jururawatr

5.    Kakak menyiang _______ dengan menggunakan sebilah pisau yang tajam.
A.   sayur
B.    ayam
C.    ikan
D.   daging


Latihan 3 :


1. Berikan  3 kata nama am mengikut kategori yang diberikan.

    Buah-buahan : 1.______________   
                              2.______________
                              3. _____________

    Haiwan  : 1. ______________
                       2. ______________
                       3. _______________

    Benda di dalam bilik darjah : 1.________________ 
                                                   2. _______________
                                                   3. _______________

                                                           







         
LATIHAN KATA NAMA KHAS

              Latihan 1 :

Isikan tempat kosong dengan kata nama khas yang sesuai .

Disember
Sang Kancil
Encik Hakimi
Sony
Taman Bahagia

1.     ____________________ ialah binatang yang bijak.

2.    Bapa membeli televisyen berjenama ______________ .

3.    Hujan turun dengan lebat pada bulan _______________ .

4.    Rakan saya tinggal di ___________________ .

5.    Orang yang budiman itu bernama ________________ .

Latihan 2 :

Garisi kata nam khas jawapan yang dipilih.
1. Semasa cuti sekolah ,ayah  membawa kami sekeluarga melihat binatang di       
            _______________.
    (Muzium Negara,   Zoo Negara    , Tugu Negara)

2. Mereka sekeluarga berkelah  di __________.
          (Port Dickson , Stadium Negara  , Restoran Selera)

3. Kucing kesayangan saya bernama _________.
           (Pak Belang ,  Sang Rangkak , Si Tompok )

        
   

Latihan  3 :

Senaraikan kata nama khas yang terdapat dalam ayat.

1.     Nama guru itu  Puan  Zaira.

            (  ________________________________)


2.    Adik sedang bermain-main dengan Si Comel .

            ( _________________________________ )


3.    Mereka sedang bersiar-siar di Taman Tasik Perdana.

             ( ______________________________________ )


4.    Kereta Proton Iswara itu baru dibeli oleh kakak.

             (  ____________________________________ )


5.    Rumah Siti terletak di Jalan  Anggerik.

              ( ________________________________ )








LATIHAN KATA GANTI NAMA DIRI

Latihan  1 :
Garisi  jawapan  yang dipilih .
1. Saya dan Lina berjiran. (Kami , Kita , Mereka ) berjalan kaki ke sekolah.

2. Guru besar sedang memberikan ucapan .(Dia , Beliau , Baginda) berucap   
    dengan   penuh semangat.

3.Maira rajin. ( Saya , Kamu , Dia ) mengulang kaji pelajaran pada setiap hari.

4. “Ampun (beta  , baginda ,tuanku),”kata orang tua itu kepada sultan.

5. ( Kita , Kami , Mereka )haruslah menabung wang kerana menabung
      merupakan  amalan yang baik.

Latihan 2 :

1. “ Bolehkah  saya tolong ___________ ,”kata pemuda itu kepada  Suzi.
                    A. saudara
                    B. saudari
                    C.kalian
                    D .mereka

2. Penghulu kampung itu amat bertanggungjawab. __________ disegani oleh
    penduduk kampung.
                    A.  Dia
                    B. Baginda
                    C. Beliau
                    D. Tuanku

3. “__________ akan segera menyiasat  kejadian ini ,”titah Sultan Mahmud
     Syah.
                    A. Tuanku
                    B. Baginda
                    C.Hamba
                    D. Beta

4. Ke manakah _________ pergi semalam?” tanya Nuruddin kepada Hafiz.
                    A. kamu
                    B. kami
                    C. dia
                    D. kita

5. “Ampun tuanku ,sembah _________ harap diampun’”kata Tun Perak
     kepada   sultan.
                    A. saya
                    B. baginda
                    C. patik
                    D. beliau

Latihan 3:

Salin  semula ayat dengan  membetulkan  kata ganti nama diri  yang salah.

1. Saiful dan Faizul berkawan baik .Kalian tinggal sekampung.
          ______________________________________________________ 

2.Dia  seorang guru  rajin dan  berdedikasi.

  ______________________________________________________



Latihan Kata Adjektif

Latihan 1 :

Gariskan jawapan yang betul.

1.   Udara di Cameron Highland sangat __________. ( panas, dingin )

2.   Kakak sangat __________ akan binatang kesayangannya. ( sayang, kejam )

3.   Gadis yang __________ itu sepupu saya. ( kacak, ayu )

4.   Sayur-sayuran yang dijual di pasar itu kelihatan masih __________.
      ( layu, segar )

5. Pemuda yang berdiri di muka pintu sungguh ___________ .
    (segak, jelita)

Latihan 2


            1.   Buah mangga yang belum masak itu rasanya __________.

A)   manis
B)     pahit
C)   masam
D)   pedas

2.   Masakan itu __________kerana lupa dibubuh garam.

A)   masin
B)     kelat
C)   tawar
D)   lemau


3.   Pemandangan di tepi pantai itu sungguh __________ pada waktu senja.

A)   lawa
B)     indah
C)   tampan
D)   cerah


4.   Ibu bapa saya menyambut tetamu dengan __________.

A)   riuh
B)     sibuk
C)   mesra
D)   gembira

5. Minyak yang digunakan oleh ibu untuk menggoreng ikan berbau ___________.

A) tengik
B) busuk
C)hapak
D)harum



Set Latihan Tatabahasa (1)

Kata Adjektif

Gariskan jawapan yang betul.
1.   Udara di Cameron Highland sangat __________. ( panas, dingin )

2.   Kakak sangat __________ akan binatang kesayangannya. ( sayang,   
      kejam )

3.   Gadis yang __________ itu sepupu saya. ( kacak, ayu )

4.   Sayur-sayuran yang dijual di pasar itu kelihatan masih __________.
      ( layu, segar )


Kata Sendi Nama
Gariskan jawapan yang betul.

1.   Kereta baharu Datuk Leong diimpot __________ Jepun. ( dari, kepada )

2.   Nasi lemak yang sedap itu dimasak __________ Mak Cik Suri. ( oleh,
       pada )

3.   Ibu membeli sehelai baju __________ kakak. ( tentang, untuk )

4.   Jam tangan itu adalah __________ Firdaus. ( daripada,  ke )


Kata Ganti nama Diri
Gariskan jawapan yang betul.

1.    ( Dia, Kita ) _________  haruslah menjaga kebersihan alam sekitar.

2.   Nama saya Han Guang. Siapakah nama _________? ( tuanku, kamu )

3.   ( Kami, Saya ) “___________ minta maaf cikgu,” kata Harun.

4.  ( Beliau,Baginda  ) ____________ guru yang berdedikasi.

Kata hubung
Gariskan jawapan yang betul.

1.   Nenek menyapu dedaun kering_________ ( lalu, apabila)membakarnya.

2.   Swee Lan mengemas rumah___________ ( tetapi, sambil )mendengar 
      radio.

3.   Wei Sheng sering dipuji _________  ( kerana, supaya ) rajin bekerja.

4.   Emak membeli seikat sayur ________  ( kecuali, dan ) dua ekor ikan 
       pari.



Set Latihan Tatabahasa 2  (Objektif)



Kata Ganti Nama

Pilih jawapan yang paling sesuai.


1. “ Cikgu Ikmal ialah guru disiplin. _________ sangat tegas kepada
    murid - murid.
  1. Dia     
  2. Beliau  
  3. Baginda          
  4. Mereka

2. “__________ hendak beli apa?” tanya pekedai kepada ibu Swee Jing.
  1. Tuan              
  2. Cik                             
  3. Encik                         
  4. Puan

3. “_________ semua mesti membersihkan bilik darjah sebelum balik, ”    
    kata Cikgu Lim.
  1. Saya             
  2. Kamu            
  3. Mereka                                
  4. Dia

4.  Ai Ling dan saya berkenalan sejak kecil lagi. Hubungan _________
    amat erat.
  1. kamu            
  2. kami              
  3. mereka                                
  4. –nya

5. Tiga orang murid itu dipanggil oleh guru disiplin kerana ___________  
    melakukan kesalahan.
  1. Kita                
  2. engkau        
  3. kami                          
  4. mereka

6. “ Pernahkah _________ pergi ke rumah Cikgu Hoo ?” tanya Aziah
    kepada Noni.
  1. saya              
  2. awak            
  3. kalian            
  4. mereka
  
7. “ ___________ mesti mendengar nasihat yang diberikan guru,” tegas
    guru besar.
  1. Mereka                    
  2. Kami              
  3. Saya             
  4. Kamu

8.  Ji Kun tidak sombong. __________ seorang yang peramah.
  1. Dia                 
  2. Saya             
  3. Anda            
  4. Mereka

9.   Negara yang __________ cintai ialah Malaysia.
  1. mereka                    
  2. kita                            
  3. dia                             
  4. kamu

10. “____________ tidak sepatutnya bersikap kasar,” kata ibu.
  1. Dia                             
  2. Aku                            
  3. Kami              
  4. Kamu

Kata hubung
Pilih jawapan yang paling sesuai.

1.   Teng Teng membaca buku_________menunggu ibunya.
  1. selepas
  2. setelah
  3. sebelum
  4. sementara

2.   Mei Ling telah berhijrah ke Kanada_______berkahwin.
  1. sementara
  2. sehingga
  3. selagi
  4. sejak

 3.  Murid-murid kelas itu berbuat bising__________kedengaran di bilik
      guru.
  1. dan
  2. tetapi
  3. malah
  4. sehingga

  4. Semua murid dikehendaki memakai baju putih __________
      pengawas.
  1. dan
  2. tetapi
  3. kecuali
  4. manakala

   5. Tawaran diskaun itu sah__________stok masih ada.
  1. selagi
  2. sejak
  3. sambil
  4. setelah

  6. Dia tidak berani memandu__________tidak mempunyai lesen.
  1. setelah
  2. supaya
  3. kerana
  4. tetapi

 7.  Mei Chew mengambil borang__________mengisi butir-butir yang
      berkenaan.
  1. sambil
  2. sejak
  3. agar
  4. lalu

  8. Mei Mei mengulang kaji pelajaran__________ke larut malam.
  1. dari
  2. hingga
  3. kerana
  4. supaya

  9. Lisa seorang gadis yang cantikt____________sombong.
A.    dan
B.      dengan
C.    tetapi
D.    sambil           

 10. Ibu menonton televisyen___________melipat kain.
  1. sambil
  2. walaupun
  3. kerana
  4. sejak 

Kata Adjektif
Pilih jawapan yang paling sesuai.

1.   Suara penyanyi perempuan itu sangat __________.
A)   merdu
B)     serak
C)   jelas
D)   lunak
2.   Nasrul berjalan dengan __________ kerana dia sudah terlewat ke
sekolah.
A)   pantas
B)     perlahan
C)   kencang
D)   cermat
3.   Nadia tidak tahan dengan bau __________ kasut sukan abangnya.
A)   hamis
B)     hapak
C)   hangit
D)   tengik
4.   Air sungai yang mengalir dari bukit itu kelihatan __________.
A)   deras
B)     kencang
C)   cepat
D)   laju
5.   Aini begitu __________ membaca novel yang baru dibelinya.
A)   leka
B)     tekun
C)   lalai
D)   khusyuk
6.   Baju yang dijemur di ampaian itu __________ ditimpa hujan.
A)   kotor
B)     basah
C)   kering
D)   bersih
7.   Perut budak yang gemuk itu __________.
A)   leper
B)     kembung
C)   kempis
D)   buncit
8.   Adik __________ kerana mendapat tempat pertama di dalam kelas.
A)   rindu
B)     sayang
C)   benci
D)   gembira
9.   Ada orang yang __________ kepada lipas.
A)   takut
B)     malu
C)   seronok
D)   sedih
10.   Sesiapa yang pergi __________ akan dapat tempat duduk.
A)   lambat
B)     lewat
C)   akhir
D)   awal

Kata Sendi Nama
Pilih jawapan yang paling sesuai.

1.   Pak Cik Wan tinggal sebatang kara__________ sebuah rumah yang
      telah usang.
  1. di
  2. ke
  3. oleh
  4. hingga


2.   Guru Besar menyampaikan sijil penghargaan __________ para     
      peserta.
  1. dari
  2. oleh
  3. pada
  4. kepada  

3.   __________ kecil, Wendy tinggal bersama neneknya di kampung.
  1. hingga
  2. dari
  3. sejak
  4. pada
   
4.   Susan pergi ke sekolah __________ Azlia.
  1. akan
  2. untuk
  3. terhadap
  4. dengan
  
5.   Ular itu telah dibunuh __________ Ali.
  1. oleh
  2. dengan
  3. untuk
  4. kepada

6.   Soo Ling benci __________ tikus.
  1. oleh
  2. akan
  3. demi
  4. dengan

7.   Muka pesakit itu pucat __________ mayat.
  1. sehingga
  2. terhadap
  3. seperti
  4. tentang

8.   Ibu menyimpan baju-baju itu __________ dalam almari.
  1. di 
  2. pada
  3. kepada
  4. daripada

9.   Azlan lebih pandai __________ kakaknya.
  1. dari
  2. pada
  3. kepada
  4. daripada

10.   Soo Ling memotong kek __________ pisau.
  1. di
  2. demi
  3. untuk
  4. dengan 

No comments:

Post a Comment