Peristiwa Tidak Dapat Dilupakan (Tahun 3)
Pada hari Sabtu yang lalu, saya , Ali. Raju dan Lim pergi memancing ikan
.Kami menunggang basikal ke sana.
Kami sampai ke tempat yang dituju dalam masa setengah jam. Selepas itu , kami
pun pergi memancing di tepi sungai dengan gembiranya.
Tiba-tiba
, saya tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai. Saya menjerit meminta
pertolongan. Nasib baik kawan saya, Raju tahu berenang. Dia telah
menyelamatkan saya.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Raju. Selepas kejadian itu, kami tidak berminat
untuk memancing lagi. Peristiwa yang saya alami itu tidak dapat saya lupakan
hinggalah ke hari ini.
Peristiwa Tidak Dapat Dilupakan (Tahun 4)
Pada hari Sabtu yang lalu, saya , Ali. Raju dan Lim pergi memancing ikan.
Kami berempat menunggang basikal masing-masing ke sana.
Kami sampai ke
tempat yang dituju dalam masa setengah jam. Kami berehat sebentar.
Selepas itu , kami pun pergi memancing di tepi sungai dengan gembiranya. Tiba-tiba
, saya tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai. Saya menjerit meminta
pertolongan. Nasib baik kawan saya, Raju tahu berenang. Dia terjun ke dalam
sungai untuk menyelamatkan saya.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Raju kerana telah menyelamatkan nyawa
saya.
Selepas
kejadian itu, kami tidak berminat untuk memancing lagi. Peristiwa yang saya
alami itu tidak dapat saya lupakan hinggalah ke hari ini.
Peristiwa Tidak Dapat Dilupakan (Tahun 5)
Pada hari Sabtu yang lalu, saya , Ali. Raju dan Lim bercadang untuk pergi
memancing ikan. Sebelum bertolak ,kami menyediakan alat-alat kelengkapan yang
perlu dibawa.
Kami menunggang basikal masing-masing ke sana. Kami sampai ke tempat yang
dituju dalam masa setengah jam. Kami mencari tempat berteduh di bawah sepohon
pokok .Kami berehat di situ selama sepuluh minit.
Selepas itu , kami pun pergi memancing di tepi sungai dengan gembiranya. Tiba-tiba
, saya tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai. Saya menjerit meminta
pertolongan. Nasib baik kawan saya, Raju tahu berenang. Dia terjun ke dalam
sungai untuk menyelamatkan saya. Dia mengheret saya ke tepi sungai.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Raju atas keberaniannya menyelamatkan
nyawa saya. Selepas kejadian itu, kami tidak berminat untuk memancing lagi. Peristiwa
yang saya alami itu tidak dapat saya lupakan hinggalah ke hari ini.
Peristiwa Tidak Dapat Dilupakan (Tahun 6)
Pada hari Sabtu yang lalu, saya , Ali, Raju dan Lim bercadang untuk pergi
memancing ikan. Sebelum bertolak ,kami menyediakan alat-alat kelengkapan yang
perlu dibawa. Antara alat-alat kelengkapan yang disediakan ialah joran, umpan, baldi
sedikit makanan dan minuman.
Kami menunggang basikal ke sana sambil menyanyi dan berbual-bual. Kami
sampai ke tempat yang dituju dalam masa setengah jam. Kami mencari tempat
berteduh di bawah sepohon pokok lalu mengeluarkan barang yang di bawa. Kami
berehat di situ selama sepuluh minit.
Selepas itu , kami pun pergi memancing di tepi sungai dengan gembiranya. Sewaktu
leka memancing, tiba-tiba , saya tergelincir lalu terjatuh ke dalam
sungai. Saya menjerit meminta pertolongan. Saya sungguh panik kerana tidak tahu
berenang. Nasib baik kawan saya, Raju tahu berenang. Dia terjun ke dalam sungai
untuk menyelamatkan saya. Dia mengheret saya ke tepi sungai.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Raju atas keberaniannya menyelamatkan
nyawa saya.
Selepas
kejadian itu, kami tidak berminat untuk memancing lagi. Peristiwa yang saya
alami itu tidak dapat saya lupakan hinggalah ke hari ini.
kenapa semua sama??
ReplyDelete