Hari Kemerdekaan
juga disebut Hari Kebangsaan. Hari Kemerdekaan negara kita jatuh pada tanggal
31 Ogos setiap tahun. Pada tarikh keramat ini seluruh rakyat Malaysia yang
berbilang kaum bersama-sama menyambutnya dengan riang gembira dan yang penting
dapat menambah rasa cinta rakyat terhadap negara.
Pada hari itu, pemimpin negara berada di
atas pentas utama. Antara pemimpin yang hadir ialah Yang di-Pertuan Agong, Perdana
Menteri dan para menteri. Masyarakat berbilang kaum turut menghadirinya. Mereka
tidak mahu ketinggalan meraikan hari yang bersejarah ini.
Acara sambutan Hari Kemerdekaan biasanya
dimulakan dengan upacara menaikkan bendera Malaysia iaitu “Jalur Gemilang”. Sewaktu
bendera dinaikkan lagu “Negaraku” dinyanyikan bersama-sama dengan penuh
semangat. Selepas itu ,ikrar taat setia dilafazkan sebagai janji taat setia
rakyat kepada negara. Pada Hari Kemerdekaan, pemimpin negara turut memberikan
ucapan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Tidak lama selepas itu, upacara perbarisan pun
dimulakan. Upacara perbarisan ini disertai oleh rakyat berbilang kaum. Mereka
terdiri daripada murid sekolah .pekerja sektor awam dan pekerja sektor swasta. Peserta
perbarisan ini memberi tabik hormat kepada pemimpin negara yang berdiri di atas
pentas utama.
Sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan
penonton juga dapat menyaksikan perarakan kereta berhias yang berwarna-warni
dan penuh bercahaya ,persembahan pancaragam oleh pasukan beruniform
,pertunjukan jet di udara dan melihat kemahiran penerjun-penerjun negara terjun
dari helikopter sambil mengibarkan “Jalur Gemilang”.
Acara
kemudiannya diteruskan dengan persembahan kebudayaan. Pelbagai persembahan
seperti tarian ,nyanyian dan sketsa diadakan. Persembahan ini dijayakan oleh
semua kaum di Malaysia. Semua persembahan yang dipersembahkan sungguh
menghiburkan. Rakyat Malaysia yang datang sendiri sewaktu sambutan Hari
Kemerdekaan ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mengambil foto peristiwa
yang berlaku pada hari tersebut.
Sambutan Hari Kemerdekaan disambut
dengan meriah. Bagi mereka yang tidak hadir, mereka boleh menontonnya di kaca
televisyen.
nice karangan,,,,,
ReplyDeletegood!
ReplyDeleteni fakta kan?
ReplyDeleteupsr can??
ReplyDeleteBoleh, tapi ada banyak kesalahan.
Deletememang bagus
ReplyDeletesangat bagustus
ReplyDeleteGood
ReplyDeleteGood
ReplyDeleteKalau soalan ni keluar pt3 kan bagus gitu
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesuperb and i love it ///
ReplyDeletesuperb and i love it ///
ReplyDeleteBoleh tanya cikgu soalan ini :
ReplyDeleteKita perlu (seronok, senyap) bila Negaraku dimainkan.
Bagus karangan ni bleh dibuat sbagai cntoh
ReplyDeleteGood kar
ReplyDeleteNice essay...good 👍
ReplyDeleteKenapa ada 7 perenggan bukan 6 je ke
ReplyDeleteBagus.Teruskan usaha anda.
ReplyDelete