Tanggal 31 0gos pada setiap tahun, kita
akan menyambut Hari Kemerdekaan. Hari Kemerdekaan yang disambut ini merupakan
hari kebesaran negara yang perlu disambut dan dihayati oleh semua rakyat yang
cinta akan negara.
Pada setiap tahun, pelbagai acara dijalankan untuk menyambut
hari ulang tahun kemerdekaan. Antara acara yang diadakan seperti mengadakan
majlis perarakan atau perbarisan, memasang bendera pada bangunan, kenderaan dan
sebagainya. Sambutan Hari Kemerdekaan hendaklah diteruskan agar generasi
muda yang bakal menjadi tonggak negara pada masa hadapan akan mengerti dan
menghayati kebaikannya.
Kebaikan sambutan hari ulang tahun kemerdekaan ini adalah
dapat memupuk semangat patriotik atau cinta akan negara. Dengan menyambut hari
ulang tahun kemerdekaan, seseorang itu akan merasai pengalaman itu sendiri dah
berasa megah dengan Hari Kemerdekaan negaranya sendiri. Dengan kata lain, seseorang
itu akan menghayati Hari Kemerdekaan tersebut dengan lebih bermakna melalui
penglibatan dan penyertaannya dalam sambutan hari ulang tahun kemerdekaan atau
menyaksikan majlis sambutan tersebut secara langsung.
Selain itu, dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, kita
dapat memupuk perpaduan kaum. Hal ini demikian kerana, pelbagai kaum yang
terdapat di negara kita akan bekerjasama dan berganding bahu dengan melibatkan
diri semasa sambutan Hari Kemerdekaan diadakan. Perkara ini menjadi bukti
bahawa perpaduan kaum dapat dipupuk dan disuburkan melalui sambutan hari ulang
tahun kemerdekaan
negara.
Melalui sambutan ulang tahun kemerdekaan juga ,kita dapat
menghargai dan mengenang jasa para pejuang kemerdekaan negara. Kita akan
memahami dan menghayati pengorbanan serta perjuangan pejuang-pejuang
kemerdekaan negara kita suatu masa dahulu. Mereka sanggup berkorban harta, nyawa
dan tenaga semata-mata untuk memerdekakan negara kita. Dengan cara ini, sebagai
rakyat negara ini, kita akan sedar dan berazam untuk mempertahankan kemerdekaan
negara kita sampai bila-bila.
Semua rakyat Malaysia perlulah menyambut Hari Kemerdekaan ini
dengan penuh penghayatan. Oleh itu, kerajaan hendaklah menjalankan kempen
melalui media masa untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan sambutan
ulang tahun tersebut. Hal ini bersesuaian dengan konsep 1 Malaysia yang
mementingkan aspek perpaduan kaum. Sekiranya usaha ini tidak dijalankan sudah
pasti rakyat negara kita kurang menyedari kepentingan sambutan hari ulang tahun
kemerdekaan negara.
No comments:
Post a Comment