SELAMAT DATANG KE BLOG "SERONOK BELAJAR BAHASA MELAYU"

Friday 21 December 2012

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN


   Hari Kemerdekaan juga disebut Hari Kebangsaan. Hari Kemerdekaan negara kita jatuh pada tanggal 31 Ogos setiap tahun. Pada tarikh keramat ini seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum bersama-sama menyambutnya dengan riang gembira dan yang penting dapat menambah rasa cinta rakyat terhadap negara.   
  
   Pada hari itu, pemimpin negara berada di atas pentas utama. Antara pemimpin yang hadir ialah Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan para menteri. Masyarakat berbilang kaum turut menghadirinya. Mereka tidak mahu ketinggalan meraikan hari yang bersejarah ini.

     Acara sambutan Hari Kemerdekaan biasanya dimulakan dengan upacara menaikkan bendera Malaysia iaitu “Jalur Gemilang”. Sewaktu bendera dinaikkan lagu “Negaraku” dinyanyikan bersama-sama dengan penuh semangat. Selepas itu ,ikrar taat setia dilafazkan sebagai janji taat setia rakyat kepada negara. Pada Hari Kemerdekaan, pemimpin negara turut memberikan ucapan kepada seluruh rakyat Malaysia.

   Tidak lama selepas itu, upacara perbarisan pun dimulakan. Upacara perbarisan ini disertai oleh rakyat berbilang kaum. Mereka terdiri daripada murid sekolah .pekerja sektor awam dan pekerja sektor swasta. Peserta perbarisan ini memberi tabik hormat kepada pemimpin negara yang berdiri di atas pentas utama.

    Sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan penonton juga dapat menyaksikan perarakan kereta berhias yang berwarna-warni dan penuh bercahaya ,persembahan pancaragam oleh pasukan beruniform ,pertunjukan jet di udara dan melihat kemahiran penerjun-penerjun negara terjun dari helikopter sambil mengibarkan “Jalur Gemilang”.
           
   Acara kemudiannya diteruskan dengan persembahan kebudayaan. Pelbagai persembahan seperti tarian ,nyanyian dan sketsa diadakan. Persembahan ini dijayakan oleh semua kaum di Malaysia. Semua persembahan yang dipersembahkan sungguh menghiburkan. Rakyat Malaysia yang datang sendiri sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mengambil foto peristiwa yang berlaku pada hari tersebut.
       
    Sambutan Hari Kemerdekaan disambut dengan meriah. Bagi mereka yang tidak hadir, mereka boleh menontonnya di kaca televisyen.

20 comments:

  1. Kalau soalan ni keluar pt3 kan bagus gitu

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Boleh tanya cikgu soalan ini :
    Kita perlu (seronok, senyap) bila Negaraku dimainkan.

    ReplyDelete
  5. Bagus karangan ni bleh dibuat sbagai cntoh

    ReplyDelete
  6. Kenapa ada 7 perenggan bukan 6 je ke

    ReplyDelete