SELAMAT DATANG KE BLOG "SERONOK BELAJAR BAHASA MELAYU"

Friday 21 December 2012

KEISTIMEWAAN NEGARA KITA


           Negara kita dikenali sebagai Malaysia dan terkenal di seluruh dunia kerana mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.Terdapat pelbagai kaum di negara kita seperti melayu,cina,serani,iban dan kadazan.Walaupun terdiri daripada pelbagai kaum,kita dapat hidup dalam suasana yang aman dan harmoni.

           Sepanjang tahun,pelbagai perayaan disambut oleh setiap kaum dalam suasana yang meriah.Rumah terbuka sering diadakan untuk mengeratkan hubungan antara jiran dan sahabat – handai.Orang melayu menyambut Hari Raya Puasa pada 1 Syawal manakala Orang Cina menyambut Tahun baru Cina.Selain itu,Hari Deepavali dirayakan oleh kaum India,Hari Natal disambut oleh masyarakat yang beragama kristian.Suasana sungguh meriah pada musim perayaan kerana semua kaum di Malaysia akan turut memeriahkannya. Ini sejajar dengan perjuangan 1 Malaysia ke arah perpaduan nasional.

           Permainan tradisional pula terdiri daripada wau,gasing,congkak,dam cina dan kadani.Permainan tradisional seperti ini dimainkan oleh pelbagai kaum dalam sukaneka dan pertandingan. Dengan ini seni permainan ini tidak luput ditelan zaman.

           Negara kita juga mempunyai tempat yang menarik untuk dikunjungi seperti tempat – tempat bersejarah tempat peranginan,pulau – pulau yang indah dan pantai yang bersih. Para pelancong gemar berkunjung ke tempat – tempat ini sepanjang tahun untuk berekreasi. Ituah keistimewaan negara kita.

2 comments: