SELAMAT DATANG KE BLOG "SERONOK BELAJAR BAHASA MELAYU"

Saturday, 10 November 2012

SKEMA JAWAPAN LATIHAN MEMBINA AYAT BERGAMBAR

GAMBAR 1

1.Dua orang budak perempuan bermain bola di kawasan air terjun dengan gembira.

2. Ah Kim dan adiknya berenang  dengan gembira dalam air yang jernih dan sejuk itu.

3. Seorang peniaga menjual air kelapa di kawasan air terjun itu untuk  sesiapa sahaja yang
   datang ke situ.

4. Puan Aida bersiar-siar bersama anak perempuannya di kawasan air terjun sambil 
    menghirup udara yang segar.

5. Seorang pemuda mengambil gambar pemandangan yang indah di kawasan air terjun itu
   dengan menggunakan kamera digital yang canggih.


GAMBAR 2:

1. Puan Lina sedang memilih baju untuk bayinya .


2. Encik Rahim memerhatikan isterinya yang sedang memilih pakaian sambil mendukung 
    anak mereka.

3. Jurujual itu sedang menyusun pakaian yang berselerak  supaya kemas .

4. Beberapa orang pelanggan beratur di hadapan kaunter bayaran untuk menjelaskan 
   harga barang  yang dibeli.

5. Pengawal keselamatan berdiri di muka pintu kedai untuk menghalang kejadian kecurian.



No comments:

Post a Comment