SELAMAT DATANG KE BLOG "SERONOK BELAJAR BAHASA MELAYU"

Friday, 21 December 2012

MUSIM BUAH-BUAHAN



Musim Buah-buahan (Tahun 3)

Musim buah-buahan telah tiba. Saya dan keluarga pulang ke kampung.
Kami sekeluarga bersama datuk dan nenek pergi ke dusun. Di dusun datuk ada pokok durian , rambutan , dan manggis. Semua pokok berbuah lebat.
Di dusun datuk, kami memungut buah-buah durian dan mengumpul buah rambutan yang dikait oleh datuk. Kami juga dapat merasai pengalaman makan buah-buahan di dusun.
Setelah tiga hari di kampung, kami pun pulang ke rumah dengan perasaan yang gembira. Pengalaman di dusun pasti tidak akan kami sekeluarga lupakan.


Musim Buah-buahan (Tahun 4)

Musim buah-buahan telah tiba. Saya dan keluarga pulang ke kampung menaiki kereta yang dipandu oleh bapa.
Datuk dan nenek kelihatan sungguh gembira apabila kami tiba. Keesokan harinya, pagi-pagi lagi kami sekeluarga bersama datuk dan nenek pergi ke dusun. Terdapat pelbagai jenis pokok buah-buahan seperti durian, rambutan, manggis dan lain-lain. Kesemua pokok berbuah lebat.
Di dusun datuk, kami memungut buah-buah durian yang gugur dan mengumpul buah rambutan yang dikait oleh datuk .Kami juga dapat merasai pengalaman makan buah-buahan di dusun.
Setelah tiga hari di kampung, kami pun pulang ke rumah dengan perasaan yang amat gembira. Pengalaman di dusun pasti tidak akan kami sekeluarga lupakan.

Musim Buah-buahan (Tahun 5)

Musim buah-buahan telah tiba. Saya dan keluarga pulang ke kampung. Kami pulang ke kampung dengan menaiki kereta yang dipandu oleh bapa. Bapa memandu kereta dengan berhati-hati.
Apabila kami tiba, datuk dan nenek kelihatan sungguh gembira. Keesokan harinya, pagi-pagi lagi kami sekeluarga bersama datuk dan nenek pergi ke dusun. Terdapat pelbagai jenis pokok buah-buahan seperti durian, rambutan, manggis dan lain-lain. Kesemua pokok berbuah lebat.
Di dusun datuk, kami memungut buah-buah durian yang gugur dan mengumpul buah rambutan yang dikait oleh datuk lalu dimasukkan ke dalam bakul dengan perasaan yang sungguh gembira. Kami juga dapat merasai pengalaman makan buah-buahan di dusun.
Setelah tiga hari di kampung, kami pun pulang ke rumah dengan perasaan yang amat gembira. Pengalaman di dusun pasti tidak akan kami sekeluarga lupakan. Kami pasti akan pulang lagi ke kampung apabila musim buah-buahan tiba.


Musim Buah-buahan (Tahun 6)

Pada musim buah-buahan , saya dan keluarga pulang ke kampung. Kami pulang dengan menaiki kereta  baru yang dipandu oleh bapa. Bapa memandu kereta dengan berhati-hati bagi menjaga keselamatan kami sekeluarga. Dalam perjalanan kami berbual-bual dengan gembira
Apabila kami tiba di kampung, datuk dan nenek menyambut kedatangan kami dengan tangan terbuka .Mereka berdua kelihatan sungguh gembira. Keesokan harinya, pagi-pagi lagi kami sekeluarga bersama datuk dan nenek pergi ke dusun. Terdapat pelbagai jenis pokok buah-buahan seperti durian, rambutan, manggis dan lain-lain. Kesemua pokok berbuah lebat.
Di dusun datuk, kami memungut buah-buah durian yang gugur dan mengumpul buah rambutan yang dikait oleh datuk. Buah rambutan yang dikumpul itu dimasukkan ke dalam sebuah bakul yang besar. Kami berasa sungguh gembira. Kami juga dapat merasai pengalaman makan buah-buahan yang segar di dusun.
Setelah tiga hari di kampung, kami pun pulang ke rumah dengan perasaan yang amat gembira. Pengalaman di dusun pasti tidak akan kami sekeluarga lupakan. Kami pasti tidak akan melepaskan peluang untuk pulang ke kampung pada musim buah-buahan akan datang.

KEMALANGAN JALAN RAYA




Kemalangan Jalan Raya (Tahun 3)

Cuaca sungguh panas. Saya menunggang basikal ke sekolah  untuk menjalani latihan bola sepak.
Tiba-tiba saya terdengar bunyi yang kuat .Saya bergegas ke tempat itu. Rupa-rupanya , ada kemalangan .
Beberapa  minit kemudian , orang ramai datang untuk memberikan pertolongan . Penunggang dan pembonceng motosikal cedera parah. Pemandu kereta hanya mengalami cedera ringan. Anggota  polis bertungkus-lumus untuk mengawal kesesakan lalu lintas.
Tidak lama kemudian , ambulans pun tiba. Mangsa kemalangan terus dibawa ke hospital.
Selepas itu, saya pun terus menunggang basikal menuju ke sekolah.


Kemalangan Jalan Raya (Tahun 4)

Cuaca hari itu sungguh panas. Saya menunggang basikal ke sekolah  untuk menjalani latihan bola sepak.
Tiba-tiba saya terdengar bunyi yang amat kuat. Saya bergegas ke tempat itu. Rupa-rupanya , ada kemalangan yang berlaku.
Beberapa  minit kemudian , orang ramai datang untuk memberikan pertolongan. Penunggang dan pembonceng motosikal cedera parah. Pemandu kereta hanya mengalami cedera ringan. Anggota  polis bertungkus-lumus untuk mengawal kesesakan lalu lintas.
Tidak lama kemudian , ambulans pun tiba di tempat kejadian. Mangsa kemalangan terus dibawa ke hospital.
Selepas  itu, saya pun terus menunggang basikal menuju ke sekolah.



Kemalangan Jalan Raya (Tahun 5)

Cuaca hari itu panas terik. Saya menunggang basikal ke sekolah  untuk menjalani latihan bola sepak.
Ketika  mengayuh basikal , tiba-tiba saya terdengar bunyi yang amat kuat di suatu persimpangan jalan. Saya bergegas ke tempat itu. Rupa-rupanya , ada kemalangan yang melibatkan sebuah kereta dengan motosikal.
Beberapa  minit kemudian , orang ramai datang untuk memberikan pertolongan kepada mangsa kemalangan. Penunggang dan pembonceng motosikal cedera parah. Pemandu kereta hanya mengalami cedera ringan. Anggota  polis bertungkus-lumus untuk mengawal kesesakan lalu lintas.
Tidak lama kemudian , ambulans pun tiba di tempat kejadian. Mangsa kemalangan terus dibawa ke hospital untuk diberikan rawatan.
Selepas itu, saya pun terus menunggang basikal menuju ke sekolah. Saya mengayuh basikal dengan berhati-hati agar kemalangan tidak berlaku.

Kemalangan Jalan Raya (Tahun 6)

Cuaca hari itu panas terik. Saya menunggang basikal ke sekolah  untuk menjalani latihan bola sepak sambil menyanyi dengan gembiranya.
Ketika  mengayuh basikal , tiba-tiba saya terdengar bunyi yang amat kuat di suatu persimpangan jalan. Saya bergegas ke tempat itu. Rupa-rupanya , ada kemalangan yang melibatkan sebuah kereta Proton  Saga dengan motosikal.
Beberapa  minit kemudian , orang ramai datang untuk memberikan pertolongan kepada mangsa kemalangan. Penunggang dan pembonceng motosikal cedera parah. Pemandu kereta hanya mengalami cedera ringan. Anggota  polis bertungkus-lumus untuk mengawal kesesakan lalu lintas. Keadaan di situ sungguh menyayat hati semua orang.
Tidak lama kemudian , ambulans pun tiba di tempat kejadian. Mangsa kemalangan terus dibawa ke hospital untuk diberikan rawatan. Pemandu kereta pula ditahan oleh polis untuk disoal siasat.
Kemalangan dahsyat yang melibatkan sebuah kereta dan motosikal itu sungguh menyayat hati saya. Selepas itu, saya pun terus menunggang basikal menuju ke sekolah. Saya mengayuh basikal dengan berhati-hati agar kemalangan tidak berlaku.

BINATANG KESAYANGAN SAYA


Binatang Kesayangan Saya (Tahun 3)

Kebanyakan orang ada memelihara binatang seperti  burung, ikan , arnab , kucing dan anjing.
Binatang kesayangan saya ialah kucing. Saya namakannya Si Putih kerana bulunya berwarna putih .
Si Putih suka makan ikan dan minum susu. Saya amat sayang akan Si Putih kerana Si Putih pandai menangkap tikus.
Sejak ada Si Putih, tikus-tikus tidak kelihatan lagi.


Binatang Kesayangan Saya (Tahun 4)

Kebanyakan orang ada memelihara binatang . Antara binatang-binatang yang dipelihara seperti  burung , ikan , arnab , kucing dan anjing.
Binatang kesayangan saya ialah kucing. Saya namakannya Si Putih. Bulu badan Si Putih  lebat dan berwarna putih.
Si Putih suka makan ikan dan minum susu. Si Putih makan dan minum tiga kali sehari.
Saya amat sayang akan Si Putih kerana Si Putih sangat manja dan pandai menangkap tikus. Sejak ada Si Putih , tikus-tikus tidak kelihatan lagi.


Binatang Kesayangan Saya (Tahun 5)

Kebanyakan  orang ada memelihara binatang di dalam rumah mereka. Antara binatang-binatang yang dipelihara seperti  burung , ikan , arnab , kucing dan anjing.
Binatang kesayangan saya ialah kucing. Saya namakannya Si Putih. Si Putih adalah pemberian  datuk sebagai hadiah hari jadi saya. Bulu badan Si Putih lembut , lebat dan berwarna putih.
Si Putih suka makan ikan dan minum susu. Saya selalu memancing ikan untuk Si Putih. Saya amat sayang akan Si Putih kerana Si Putih sangat manja dan pandai menangkap tikus. Sejak ada Si Putih , tikus-tikus tidak kelihatan lagi.

Binatang Kesayangan Saya (Tahun 6)

Kebanyakan orang ada memelihara binatang di dalam rumah mereka. Antara binatang-binatang yang dipelihara seperti  burung , ikan , arnab , kucing dan anjing.
Binatang kesayangan saya ialah kucing. Di rumah saya ada seekor kucing. Saya namakannya Si Putih. Si Putih adalah pemberian  datuk sebagai hadiah hari jadi saya. Yang ke dua belas tahun. Bulu badan Si Putih lembut , lebat dan berwarna putih. Mata Si Putih besar tetapi telinga dan mulutnya kecil.
Si Putih suka makan ikan dan minum susu. Saya selalu pergi ke tepi sungai bersama Si Putih untuk memancing ikan. Ikan yang dipancing itu menjadi makanan Si Putih.
Saya amat sayang akan Si Putih kerana Si Putih sangat manja dan pandai menangkap tikus. Sejak ada Si Putih , tikus-tikus tidak kelihatan lagi.

BERKELAH



                                     Berkelah (Tahun 3)

Pada cuti sekolah , saya  pergi berkelah bersama keluarga. Kami berkelah di Air Papan.
Sebelum bertolak , emak saya menyediakan makanan dan minuman. Kami bertolak pada pukul 8.00 pagi. Pada pukul 8.45 pagi , kami pun sampai.
Kami meletakkan barang-barang di bawah pokok. Di Air Papan ,kami berenang , bermain bola, bergambar dan bersiar-siar di tepi pantai. Apabila letih , kami makan makanan yang dibawa.
Pada pukul 5.00 petang , kami pun pulang ke rumah dengan hati yang gembira.


Berkelah (Tahun 4)

Pada cuti sekolah yang lalu, saya pergi berkelah di Air Papan bersama keluarga.
Sebelum bertolak , emak saya menyediakan makanan , minuman dan alat-alat kelengkapan lain. Kami bertolak pada pukul 8.00 pagi dan tiba pada pukul 8.45 pagi.
Kami mencari suatu tempat yang teduh untuk meletakkan barang-barang. Di Air Papan kami berenang dan bermain bola dengan gembira. Kami juga bergambar dan bersiar-siar di tepi pantai. Apabila letih , kami berehat dan makan makanan yang dibawa.
Pada pukul 5.00 petang , kami pun pulang ke rumah dengan hati yang gembira .

Berkelah (Tahun 5)

Pada cuti sekolah yang lalu, bapa saya membawa kami sekeluarga pergi berkelah di Air Papan.
Sebelum bertolak , emak saya menyediakan makanan , minuman dan alat-alat kelengkapan lain. Kami bertolak pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki kereta bapa. Tidak lama kemudian , kami pun sampai. Kelihatan banyak orang sudah berada di situ.
Kami mencari suatu tempat yang teduh untuk meletakkan barang-barang. Di Air Papan kami berenang dan bermain bola dengan perasaan yang sungguh gembira. Kami juga bergambar dan bersiar-siar di tepi pantai. Apabila letih , kami berehat dan makan makanan yang disediakan oleh emak.
Pada pukul 5.00 petang , kami pun pulang ke rumah dengan hati yang gembira walaupun keletihan.


Berkelah (Tahun 6)

Pada cuti sekolah yang lalu, bapa saya membawa kami sekeluarga pergi berkelah di Air Papan.Kami ke sana dengan menaiki kereta Proton Wira yang dipandu oleh bapa
Sebelum bertolak , emak saya menyediakan makanan , minuman dan alat-alat kelengkapan lain.Kami bertolak pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki kereta baru bapa.Tidak lama kemudian , kami pun sampai.Kelihatan banyak orang sudah berada di situ.
Kami mencari suatu tempat yang teduh untuk meletakkan barang-barang.Kami berenang dan bermain bola dengan perasaan yang sungguh gembira.
Selain itu, kami juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar sebagai kenang-kenangan.Sebelum pulang, kami juga sempat bersiar-siar di tepi pantai sambil menghirup udara yang segar..Apabila letih , kami berehat dan makan makanan yang disediakan oleh emak.Makanan yang dibawa habis dimakan oleh kami.
Pada pukul 5.00 petang , kami pun pulang ke rumah dengan hati yang gembira walaupun keletihan.

PERISTIWA TIDAK DAPT DILUPAKAN


          
Peristiwa Tidak Dapat Dilupakan (Tahun 3)

          Pada hari Sabtu yang lalu, saya , Ali. Raju dan Lim  pergi memancing ikan .Kami menunggang basikal ke sana.
          Kami sampai ke tempat yang dituju dalam masa setengah jam. Selepas itu , kami pun pergi memancing di tepi sungai dengan gembiranya.
Tiba-tiba ,  saya tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai. Saya menjerit meminta pertolongan. Nasib baik kawan saya, Raju tahu berenang. Dia telah   menyelamatkan saya.
          Saya mengucapkan terima kasih kepada Raju. Selepas kejadian itu, kami tidak berminat untuk memancing lagi. Peristiwa yang saya alami itu tidak dapat saya lupakan hinggalah ke hari ini.


Peristiwa Tidak Dapat Dilupakan (Tahun 4)

          Pada hari Sabtu yang lalu, saya , Ali. Raju dan Lim  pergi memancing ikan. Kami berempat menunggang basikal masing-masing ke sana.
Kami sampai ke tempat yang dituju dalam masa setengah jam. Kami  berehat sebentar.
          Selepas itu , kami pun pergi memancing di tepi sungai dengan gembiranya. Tiba-tiba ,  saya tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai. Saya menjerit meminta pertolongan. Nasib baik kawan saya, Raju tahu berenang. Dia terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan saya.
          Saya mengucapkan terima kasih kepada Raju kerana telah menyelamatkan nyawa saya.
Selepas kejadian itu, kami tidak berminat untuk memancing lagi. Peristiwa yang saya alami itu tidak dapat saya lupakan hinggalah ke hari ini.

Peristiwa Tidak Dapat Dilupakan (Tahun 5)

          Pada hari Sabtu yang lalu, saya , Ali. Raju dan Lim bercadang untuk pergi memancing ikan. Sebelum bertolak ,kami menyediakan alat-alat kelengkapan yang perlu dibawa.
          Kami menunggang basikal masing-masing ke sana. Kami sampai ke tempat yang dituju dalam masa setengah jam. Kami mencari tempat berteduh di bawah sepohon pokok .Kami berehat di situ selama sepuluh minit.
          Selepas itu , kami pun pergi memancing di tepi sungai dengan gembiranya. Tiba-tiba , saya tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai. Saya menjerit meminta pertolongan. Nasib baik kawan saya, Raju tahu berenang. Dia terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan saya. Dia mengheret saya ke tepi sungai.
          Saya mengucapkan terima kasih kepada Raju atas keberaniannya menyelamatkan nyawa saya. Selepas kejadian itu, kami tidak berminat untuk memancing lagi. Peristiwa yang saya alami itu tidak dapat saya lupakan hinggalah ke hari ini.

Peristiwa Tidak Dapat Dilupakan (Tahun 6)

          Pada hari Sabtu yang lalu, saya , Ali, Raju dan Lim bercadang untuk pergi memancing ikan. Sebelum bertolak ,kami menyediakan alat-alat kelengkapan yang perlu dibawa. Antara alat-alat kelengkapan yang disediakan ialah joran, umpan, baldi sedikit makanan dan minuman.
          Kami menunggang basikal ke sana  sambil menyanyi dan berbual-bual. Kami sampai ke tempat yang dituju dalam masa setengah jam. Kami mencari tempat berteduh di bawah sepohon pokok lalu mengeluarkan barang  yang di bawa. Kami berehat di situ selama sepuluh minit.
          Selepas itu , kami pun pergi memancing di tepi sungai dengan gembiranya. Sewaktu leka memancing, tiba-tiba ,  saya tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai. Saya menjerit meminta pertolongan. Saya sungguh panik kerana tidak tahu berenang. Nasib baik kawan saya, Raju tahu berenang. Dia terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan saya. Dia mengheret saya ke tepi sungai.
          Saya mengucapkan terima kasih kepada Raju atas keberaniannya menyelamatkan nyawa saya.
Selepas kejadian itu, kami tidak berminat untuk memancing lagi. Peristiwa yang saya alami itu tidak dapat saya lupakan hinggalah ke hari ini.

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN


   Hari Kemerdekaan juga disebut Hari Kebangsaan. Hari Kemerdekaan negara kita jatuh pada tanggal 31 Ogos setiap tahun. Pada tarikh keramat ini seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum bersama-sama menyambutnya dengan riang gembira dan yang penting dapat menambah rasa cinta rakyat terhadap negara.   
  
   Pada hari itu, pemimpin negara berada di atas pentas utama. Antara pemimpin yang hadir ialah Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan para menteri. Masyarakat berbilang kaum turut menghadirinya. Mereka tidak mahu ketinggalan meraikan hari yang bersejarah ini.

     Acara sambutan Hari Kemerdekaan biasanya dimulakan dengan upacara menaikkan bendera Malaysia iaitu “Jalur Gemilang”. Sewaktu bendera dinaikkan lagu “Negaraku” dinyanyikan bersama-sama dengan penuh semangat. Selepas itu ,ikrar taat setia dilafazkan sebagai janji taat setia rakyat kepada negara. Pada Hari Kemerdekaan, pemimpin negara turut memberikan ucapan kepada seluruh rakyat Malaysia.

   Tidak lama selepas itu, upacara perbarisan pun dimulakan. Upacara perbarisan ini disertai oleh rakyat berbilang kaum. Mereka terdiri daripada murid sekolah .pekerja sektor awam dan pekerja sektor swasta. Peserta perbarisan ini memberi tabik hormat kepada pemimpin negara yang berdiri di atas pentas utama.

    Sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan penonton juga dapat menyaksikan perarakan kereta berhias yang berwarna-warni dan penuh bercahaya ,persembahan pancaragam oleh pasukan beruniform ,pertunjukan jet di udara dan melihat kemahiran penerjun-penerjun negara terjun dari helikopter sambil mengibarkan “Jalur Gemilang”.
           
   Acara kemudiannya diteruskan dengan persembahan kebudayaan. Pelbagai persembahan seperti tarian ,nyanyian dan sketsa diadakan. Persembahan ini dijayakan oleh semua kaum di Malaysia. Semua persembahan yang dipersembahkan sungguh menghiburkan. Rakyat Malaysia yang datang sendiri sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mengambil foto peristiwa yang berlaku pada hari tersebut.
       
    Sambutan Hari Kemerdekaan disambut dengan meriah. Bagi mereka yang tidak hadir, mereka boleh menontonnya di kaca televisyen.

PERLUNYA HARI KEMERDEKAAN DISAMBUT


   Tanggal 31 0gos pada setiap tahun, kita akan menyambut Hari Kemerdekaan. Hari Kemerdekaan yang disambut ini merupakan hari kebesaran negara yang perlu disambut dan dihayati oleh semua rakyat yang cinta akan negara.

        Pada setiap tahun, pelbagai acara dijalankan untuk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan. Antara acara yang diadakan seperti mengadakan majlis perarakan atau perbarisan, memasang bendera pada bangunan, kenderaan dan sebagainya. Sambutan Hari Kemerdekaan  hendaklah diteruskan agar generasi muda yang bakal menjadi tonggak negara pada masa hadapan akan mengerti dan menghayati kebaikannya.

        Kebaikan sambutan hari ulang tahun kemerdekaan ini adalah dapat memupuk semangat patriotik atau cinta akan negara. Dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, seseorang itu akan merasai pengalaman itu sendiri dah berasa megah dengan Hari Kemerdekaan negaranya sendiri. Dengan kata lain, seseorang itu akan menghayati Hari Kemerdekaan tersebut dengan lebih bermakna melalui penglibatan dan penyertaannya dalam sambutan hari ulang tahun kemerdekaan atau menyaksikan majlis sambutan tersebut secara langsung.
   
        Selain itu, dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, kita dapat memupuk perpaduan kaum. Hal ini demikian kerana, pelbagai kaum  yang terdapat di negara kita akan bekerjasama dan berganding bahu dengan melibatkan diri semasa sambutan Hari Kemerdekaan diadakan. Perkara ini menjadi bukti bahawa perpaduan kaum dapat dipupuk dan disuburkan melalui sambutan hari ulang tahun kemerdekaan negara.                                                                                
       
        Melalui sambutan ulang tahun kemerdekaan juga ,kita dapat menghargai dan mengenang jasa para pejuang kemerdekaan negara. Kita akan memahami dan menghayati pengorbanan serta perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan negara kita suatu masa dahulu. Mereka sanggup berkorban harta, nyawa dan tenaga semata-mata untuk memerdekakan negara kita. Dengan cara ini, sebagai rakyat negara ini, kita akan sedar dan berazam untuk mempertahankan kemerdekaan negara kita sampai bila-bila.

        Semua rakyat Malaysia perlulah menyambut Hari Kemerdekaan ini dengan penuh penghayatan. Oleh itu, kerajaan hendaklah menjalankan kempen melalui media masa untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan sambutan ulang tahun tersebut. Hal ini bersesuaian dengan konsep 1 Malaysia yang mementingkan aspek perpaduan kaum. Sekiranya usaha ini tidak dijalankan sudah pasti rakyat negara kita kurang menyedari kepentingan sambutan hari ulang tahun kemerdekaan negara.