SELAMAT DATANG KE BLOG "SERONOK BELAJAR BAHASA MELAYU"

Saturday, 22 December 2012

SKEMA JAWAPAN LATIHAN PENULISAN(3)



LATIHAN 5
(Pemandu Teksi yang Jujur)

1.pemandu
2.penumpang
3.menaiki
4.tertinggal
5.rumah
6.dompet
7.memulangkan
8.mengucapkan

LATIHAN PENULISAN(3)


LATIHAN 5

                                    Pemandu Teksi yang Jujur

      Encik Rahim seorang (1) ________ (pemandu,penunggang) teksi.Tiap-tiap hari,beliau membawa(2)__________ pelanggan,penumpang) ke tempat tujuan mereka.Pada suatu petang,seorang nenek tua (3) ____________ (menaiki,masuki) teksi Encik Rahim untuk pergi ke rumah anaknya.

      Sebaik sahaja nenek itu turun , dompetnya (4)_______( termasuk,tertinggal)di dalam teksi.Apabila Encik Rahim balik ke (5) ___________(sekolah ,rumah) ,dia ternampak (6) ____________ (dompet,beg) itu.Encik Rahim segera (7) ___________ (membuka,memulangkan) dompet tersebut kepada nenek tua itu.Nenek tua itu sangat gembira dan (8) ____________ (menyatakan ,mengucapkan) terima kasih kepada Encik Rahim.

SKEMA JAWAPAN LATIHAN PENULISAN(2)

LATIHAN 3
(Menyelamatkan Budak Lemas)

1.memancing
2.berdekatan
3.teduh
4.meminta
5.mengamati
6. tenggelam
7. menanggalkan
8.berenang
9. memaut
10.menarik
LATIHAN 4
(Hari Sukan di Sekolah Saya)

1. berkumpul
2. dihias
3.Suasana
4.mengikut
5.Acara
6.dipertandingkan
7.bersemangat
8. penonton
9. diumumkan
10. daripada

LATIHAN PENULISAN(2)


LATIHAN 3

                                      Menyelamatkan Budak Lemas

      Pada suatu petang,Azim dan Raju pergi ke sungai untuk (1)___________ (memancing/membeli)ikan.Mereka berjalan kaki ke sana kerana sungai itu (2)__________(berderetan /berdekatan) dengan rumah mereka.

     Apabila mereka sampai di sana,mereka mencari tempat yang (3)____________ (mendung/teduh) untuk meletakkan bekalan yang dibawa.Tiba-tiba ,kedengaran suara orang(4) ___________ (meminta /merayu) tolong.

      Azim dan Raju terpinga-pinga.Mereka (5) ___________ (mengamati /memerhati) arah suara itu.Kemudian,mereka ternampak seorang budak sedang(6) ______________ 
(hanyut /tenggelam ) timbul di tengah-tengah sungai.

     Azim segera berlari sambil (7) _______________ (melonggarkan /menanggalkan) pakaiannya.Azim terjun ke dalam sungai lalu (8) ____________ (berenang/berdayung) ke arah budak itu.Dia(9)__________ (meraut /memaut) leher budak itu dan
 (10) ____________ (menarik /mengaut)budak itu ke tepi sungai.

LATIHAN 4

                                    Hari Sukan di Sekolah Saya

     Hari ini ialah Hari Sukan Sekolah saya.Semua guru dan murid (1)__________ (berkumpul,bersurai) di padang sekolah.Sekolah saya telah (2) __________ (dibersihkan ,dihias) dengan cantik.Ada belon dan bendera yang berwarna-warni.(3) ____________ (Situas, Suasana) pada hari ini sungguh meriah.

     Semua murid berkumpul di padang (4) ____________ (berdasarkan,mengikut) pasukan masing-masing.Ada Rumah Biru,Rumah Kuning,Rumah Merah dan Rumah Hijau.

      (5) __________ (Permainan ,Acara)sukan bermula pada pukul 8.00 pagi.Ada berbagai-bagai acara yang telah (6) _______________(dilawan ,dipertandingkan).Ada lumba lari,lompat tinggi,lompat jauh dan acara sukaneka.Murid-murid yang bertanding sungguh (7) _________(bersemangat,kuat).

      Semua (8)_____________ (pelanggan ,penonton)bersorak apabila Rumah Merah (9) _________________(disahkan ,diumumkan) sebagai pemenang keseluruhan.Hari Sukan itu tamat pada pukul 2.00 petang.Murid-murid yang berjaya menerima pingat (10) ___________(dari,daripada) guru besar 

                                             Lagu : Adab Terhadap Ibu Bapa
 
Lagu : Terima Kasih Cikgu

Friday, 21 December 2012

CARA-CARA MENJAGA KEBERSIHAN DIRI


Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri (Tahun 3)

Semua orang perlu menjaga kebersihan diri kerana kebersihan adalah asas kesihatan.
Bagi menjaga kebersihan diri ,kita perlulah mandi setiap hari. Semua anggota badan perlu dibersihkan.
Rambut perlu disyampu. Kuku kaki dan tangan yang panjang perlu dipotong. Tangan yang kotor  perlulah dicuci dan dilapkan sehingga kering. Gigi pula perlu digosok. Pakaian yang dipakai pula perlu ditukar setiap hari.
Jika kita menjaga kebersihan diri kita tidak mudah dijangkiti penyakit


Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri (Tahun 4)

Semua orang perlu menjaga kebersihan diri kerana kebersihan adalah asas kesihatan. Orang yang bersih juga disenangi oleh orang lain.
Bagi menjaga kebersihan diri ,kita perlulah mandi setiap hari. Semua anggota badan perlu dibersihkan dengan menggunakan air yang bersih dan sabun.
Rambut perlu disyampu. Kuku kaki dan tangan yang panjang perlu dipotong. Selepas makan tangan perlu dicuci. Gigi pula perlu digosok sekurang-kurangnya dua kali sehari. Pakaian yang dipakai pula perlu ditukar setiap hari.
Jika kita menjaga kebersihan diri kita tidak mudah dijangkiti penyakit. Orang yang sihat akan hidup ceria sepanjang hari.


Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri  (Tahun 5)

Semua orang perlu menjaga kebersihan diri kerana kebersihan adalah asas kesihatan. Orang yang bersih juga disenangi oleh orang lain.
Bagi menjaga kebersihan diri ,kita perlulah mandi setiap hari. Semua anggota badan perlu dibersihkan dengan menggunakan air yang bersih dan sabun.
Rambut perlu disyampu. Kuku kaki dan tangan yang panjang perlu dipotong. Selepas makan tangan perlu dicuci. Tangan juga perlu dicuci selepas kita memegang sesuatu atau selesai membuat kerja. Contohnya selepas berkebun. Gigi pula perlu digosok sekurang-kurangnya dua kali sehari. Pakaian yang dipakai pula perlu ditukar setiap hari.
Jika kita menjaga kebersihan diri kita tidak mudah dijangkiti penyakit. Orang yang sihat akan hidup ceria sepanjang hari.


Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri  (Tahun 6)

Semua orang perlu menjaga kebersihan diri kerana kebersihan adalah asas kesihatan. Orang yang bersih juga disenangi oleh orang lain.
Bagi menjaga kebersihan diri ,kita perlulah mandi setiap hari. Semua anggota badan dari hujung kepala hingga hujung kaki perlu dibersihkan dengan menggunakan air yang bersih dan sabun.
Rambut perlu disyampu bagi mengelakkan kelemumur dan jangkitan kutu. Kuku kaki dan tangan yang panjang perlu dipotong.
Selepas makan tangan perlu dicuci. Tangan juga perlu dicuci selepas kita memegang sesuatu atau selesai membuat kerja. Contohnya selepas berkebun. Gigi pula perlu digosok sekurang-kurangnya dua kali sehari. Bagi menjaga gigi kita perlu membuat pemeriksaan gigi enam bulan sekali. Pakaian yang dipakai pula perlu ditukar setiap hari.
Jika kita menjaga kebersihan diri kita tidak mudah dijangkiti penyakit. Orang yang sihat akan hidup ceria sepanjang hari.